Monday 25 July 2011

[MESTI BACA] Buah Zuriat a.k.a Doum Fruits/Hyphaene Thebaica

Seperti yang saya telah janjikan sebelum ini, saya akan membongkar identiti Buah Zuriat ini yang masih menjadi tanda tanya di kalangan rakyat Malaysia malah Indonesia, Brunei & Singapore. Ramai yang masih tidak mengetahui nama sebenar buah ini dan nama botaniknya menyebabkan mereka tidak dapat mengenali pokoknya dan khasiatnya yang lain. Di Malaysia dan Mekah/Madinah, buah ini dijual kerana dikatakan 
mampu memperbaiki tahap kesuburan seseorang.

 

Apakah nama sebenar Buah Zuriat/Hawa/Adam/Kokka?


Nama yang paling popular bagi Buah Zuriat ialah Doum Fruits atau Gingerbread Palm Fruits manakala nama botaniknya ialah Hyphaene Thebaica. Pokok ini adalah sejenis palma dari keluarga Arecaceae. Pokok ini mempunyai nama yang berbeza di setiap negara. Sebagai contoh di negara Arab seperti Mesir, buah ini dipanggil Doum manakala dalam bahasa Swahili ianya dipanggil Mkoma manakala di India, pokoknya dipanggil Hoka. Ada kemungkinan istilah buah kokka itu datang dari sebutannya dalam bahasa India dimana pokoknya di panggil Hoka. Setakat ini saya menolak Buah Zuriat ini berasal dari jenis kayu yang dibuat bahtera Nabi Nuh kerana struktur pokok ini seperti pokok pinang dan batang yang kecil dan panjang. Sila lihat gambar. Nama botanik pokok ini juga berubah-ubah mengikut jenisnya. Jika di Afrika seperti Nigeria, Zambia dan lain-lain, jenis di sana ialah Coreacia. Jenis-jenis lain ialah Compressa, Dichotomy dan lain-lain.

 


Habitat Doum Fruits


Pokok ini hidup di sepanjang Sungai Nile sehingga ke Africa seperti di negara Sudan, Nigeria dan sangat popular di Mesir. Hyphaene Thebaica juga digelar Gingerbread Palm kerana buah ini mempunyai aroma yang tersendiri.




Khasiat Doum Fruits



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Buah Zuriat aka Doum Fruits menjadi popular di kalangan jemaah haji/umrah di Malaysia kerana dipercayai buah ini mampu meningkatkan kesuburan seseorang. Setakat ini saya merasakan perkara ini bukan omongan kosong kerana banyak pengakuan pengguna telah saya perolehi akan keberkesanan buah ini dari segi merawat kemandulan. Malah kajian saintifik sebuah universiti di Australia mendapati buah ini mempunyai elemen zat besi yang tinggi dan ianya mungkin menjadi penyebab dalam menyumbang kesuburan seseorang. Di Mesir, buah ini dipercayai mampu menyumbang dalam menormalkan tekanan darah, malah kajian di Mesir mendapati buah ini juga mampu merawat diabetes. Buah ini juga mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Di Mesir, Doum Fruits atau Buah Zuriat ini dijadikan seperti teh atau juice. Gambar yang saya sertakan adalah antara produk yang dibuat menggunakan Buah Zuriat.