Monday 18 July 2011

Petua 3: Cara penyediaan Buah Zuriat & cara makan oleh Myvitrd

Dibawah adalah petua penyediaan dan kaedah makan buah zuriat yang disediakan oleh seorang blogger. Menurut beliau, 1-2 bulan sebelum isterinya hamil, mereka mengamalkan meminum air Buah Zuriat. Pihak Herba Zuriat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana berkongsi dengan kita petua ini. Kalau nak lihat testimonial mereka yang dah berjaya dengan air rebusan buah zuriat, boleh klik DISINI.

Kredit to MyVitrd

Sapa yang perasan entri aku sebelum ni "Alhamdulillah bertemu dengan Buah Zuriat" yang mana aku janji akan kongsi macam mana cara nak memakan buat zuriat ni.

Pagi ni kalau korang nak tahu aku baru je selesai mengerjakan 2 biji buah zuriat ni.. kata orang kalau dah buat sendiri baru tahu macam mana susahnya nak mengerjakan buah zuriat yang sangat keras ni.


Daripada sumber-sumber bacaa dari google dan blog-blog rakan yang ada pengalaman mengerjakan buah zuriat ni..kesimpulannya adalah seperti dekat bawah ni

CARA MAKAN BUAH ZURIAT

Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-

Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

Cara Kedua


Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)


Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)



Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah
yang memperkenankan segala doa."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Dekat Bawah ada beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa mengerjakan buah zuriat tadi

Mula-mula ingat nak ketuk guna lesung batu.. tapi tak jalan juga..melantun-lantun macam belon

kecewa dengan lesung aku cuba hiris guna pisau.. macam kopek buah kelapa tau.. sebab ada sabut

Kalau betul2 tak sabar memang tak jadilah macam dekat atas ni.. pertama kali aku buat keje macam ni.. hehehe.. demi untuk isteri tercinta

nilah dia beza yang aku dah buang sabut dengan belum.. kalau korang nak tahu.. tempurung ni lagi keras dari tempurung kelapa.

konon-konon nak cuba ketuk guna lesung lepas buang sabut.. tapi mcam takda kesan je.. still rupa yang sama.

korang tahu aku buat apa ni sampai berlubang.. aku korek dekat atas sampai jadi macam ni guna pisau..

akhirnya aku berjaya kopek tempurung buah zuriat untuk lapisan pertama

nilah dia biji buah zuriat lepas keluar dari tempurung.. kalau korang nak tahu kulit yang ni lagi keras dari dari tempurung luar tadi

hasilnya membuahkan hasil.. lega rasanya bila dah berjaya keluarkan dari tempurung..

nilah dia isi buah zuriat tu.. sekali pandang macam isi kelapa kering.. bila aku picit isi dalam tu keras dia cuma tuhan je yang tahu.

tengoklah hasil aku kerjakan 2 biji buah zuriat dari Mekah ni.

Alhamdulilah isi dah aku keluarkan dan dah siap potong untuk direbus.. dia orang kata rebus sekurang-kurangnya 1/2 jam.. tadi aku dah mula rebus.. hasilnya air rebusan dah jadi macam air teh.. aku pon tak rasa lagi air tu rasa apa sebenarnya.. apa pon doakan kami berdua supaya cepat dikurniakan zuriat ye.. amin

Nota Kaki : Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa..

20 comments:

  1. Terima Kasih atas perkongsian Link ini..

    ReplyDelete
  2. nak tny lar.. sy da 2 biji buah zuriat utk suami & isteri...so 2 biji tue rebus sekali ke? brp byk air nk guna utk rebus?? harap sgt blh share yer...

    ReplyDelete
  3. sy baru dpt buah zuriat ni dr kwn sy yg tinggal di mekah. dia pun tk sure nk mkn camne buah tu, so terima kasih atas link ni.. sgt membantu

    ReplyDelete
  4. salam..sye nk bertny..klo saye nk order serbuk debunga kurma tu bleh melalui en ke

    ReplyDelete
  5. Mmg kras sgt tmpurung die...huhu...bepoloh jugak la...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sy nk brtnya, wife dlm priod blh x minum air buah zuriat?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sy nk brtnya, wife dlm priod blh x minum air buah zuriat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy trbaca posting dri sorng wanita.. dia mmg saran minum air buah zuriat dari hari prtama dtg haid.

      Delete
    2. Ada juga y saya baca kata hentikan pengambilan buat seketika apabila dtg bulan. Tapi sekiranya kalau period tersekat2 boleh di ambil utk melancarkan peredaran haid. Selain. Saya pun baru mahu mencuba ni🤭.

      Delete
  8. assalamualaikum ..nk tye..sya dh delay priod smnggu lbh dah ..blh ke nk mnum air buah zuriat??

    ReplyDelete
  9. Salam....sy kurang jelas sikit.air rebusan buah zuriat ni kalau nak minum hari-hari kena rebus hari-hari ka or blh buat stok dlm peti ais??

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ada sebiji je...guane ni..boleh rebus juga ke?...ke kena sorang je minum

      Delete
    2. setiap kali nk minum, buh 3 cawan air n rebus smpi jdik +- 1.5 cawan air.. tu utk diminum suami istri.

      buat pagi n mlm utk diminum.

      klau ade sebiji, buat jer. ini ikhtiar. hasilnya Allah yg beri.

      Delete
  10. As salamualaikum...nak tnya bila air rebusan dh jernih so buah(sisa) tu kita buang ke mkn eak??

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum..sy ada 2biji buah zuriat..sy perlu rebus 1 dahulu ke atau dua2 sekali?sbb sy ada 2shja buah zuriat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah , nak tau jugak . Kena dua biji jugak ke atau sebiji pun boleh . Harap ada yg bg jawapan ��

      Delete
  12. Boleh rebus satu² dlu..bila air rebusan dh jernih bole tukar dgn buah zuriat yg bru..slmt brusha semoga semuanye brjaya mendapatkn zuriat dgn izin allah swt aamiin

    ReplyDelete
  13. Baki buah yg telah direbus dan dh jernih air tu, bole lah di buang saja,tapi seelok² ditanam agar tidak dimkn oleh haiwan

    ReplyDelete