Saturday 7 March 2015

Fahami Kitaran Haid Wanita!

Assalamualaikum & selamat petang! smile emoticon 
Kalau ada yang rasa tak faham, tanya aje. Admin sedia menjawab, ok!
 wink emoticon

Hari 1-6 (Fasa Haid)

Hari di mana haid berlaku. Fasa ini dipanggil fasa haid (mestruation). Hari pertama haid adalah penting diketahui kerana ia adalah hari di mana fasa ini bermula. TANDA pada kalendar anda bila hari pertama haid. Bagi yg merancang untuk hamil, seelok-eloknya tanda setiap bulan supaya mudah untuk anda ketahui kitaran haid anda pada setiap bulan.

Hari 7-11 (Fasa Pembaikan)

Fasa ini dipanggil pembaikan. Hormon estrogen meningkat pada fasa ini. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 12-17 (Fasa Subur) bagi wanita yg kitaran haid 28-29 hari

Waktu inilah ovulasi berlaku dimana telur (ovum) yang matang akan di bebaskan untuk disenyawakan. Fasa ini dipanggil fasa subur bagi seorang perempuan. Telur ini sekiranya tidak disenyawakan akan mati dan hilang. Bagi yang merancang untuk hamil, waktu terbaik untuk bersama suami adalah ketika fasa ini terutama padahari dimana ovulasi berlaku.

Hari 18-28 (Fasa pra-haid)

Dinding uterus terus menebal dan diselaputi dengan rangkaian luas salur-salur darah dalam persediaan untuk persenyawaan dan penempelan. Jika persenyawaan tidak berlaku, tisu-tisu dinding akan meruntuh semula bagi memulakan kitar haid yang baru.

Semoga bermanfaat, insyaAllah!

***Untuk membuat pembelian buah zuriat/serbuk debunga kurma/bijirin habbatus sauda', pm di facebook atau mesej/whatsapp 011-5763 6352. Cepat, sementara STOK MASIH ADA!


grin emoticon

Wednesday 4 March 2015

Follow Kami di Facebook

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat belaka ya! :)

Untuk makluman semua, sekarang page Facebook Buah Zuriat Dari Mekah sedang aktif update info-info mengenai produk buah zuriat dan serbuk debunga.



JOM FOLLOW! 


**AKAN DATANG >>>>>>>> Daun Nabi Booti