Friday 9 September 2011

Kami akan menjual Serbuk Debunga Kurma tidak lama lagi

Assalamualaikum WBT,

Kepada semua pengunjung yang telah menghubungi kami sebelum dan selepas Hari Raya, kami meminta maaf kerana tidak dapat membekalkan kepada tuan puan buah zuriat. Sebenarnya stok buah zuriat kami telah habis sebelum Hari Raya baru-baru ini. Kami telah menghubungi pembekal kami namun pihak pembekal ingin menaikkan harga buah tersebut. [STOK BUAH ZURIAT TELAH TIBA, SILA HUBUNGI KAMI DI 019-912 6450 - diedit pada 28/9/2011]

Oleh sebab itu, kami mengambil keputusan untuk berhenti mengimport buah tersebut buat masa ini. Namun, terdapat pihak di Timur Tengah sana yang ingin membekalkan kepada kami Serbuk Debunga Kurma dengan harga yang lebih murah berbanding yang terdapat di pasaran Malaysia pada masa ini. Maka, bermula pada minggu hadapan, kami akan mula menjual Serbuk Debunga Kurma yang mengikut petua dan tradisi Arab, ianya mempunyai kesan yang lebih baik berbanding buah zuriat.

Untuk mereka yang ingin membeli dengan harga borong Serbuk Debunga Kurma untuk dijual di kiosk-kiosk herba di pasaraya atau ingin menjual secara online, boleh menghubungi pihak kami di talian 019-912 6450.

Kami akan menjual 100 kotak Serbuk Debunga Kurma pada harga promosi iaitu RM38 sekotak termasuk kos penghantaran pos laju bermula pada minggu hadapan. Untuk melalukan pre-order, sila sms ke 019-912 6450.

Sekian, terima kasih.

Dari,
Pihak pengurusan Herba Zuriat

No comments:

Post a Comment