Wednesday, 14 September 2011

Cara-cara menyediakan dan cara makan Serbuk Debunga Kurma

- Dos yang dicadangkan: 1 sudu teh yang kecil setiap hari bersamaan 1 grams serbuk debunga kurma. Campurkan dengan 1 sudu madu asli. Kacau sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.

- Waktu makan: Pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur.

Untuk memudahkan pengambilan, boleh jadikannya ketul-ketulan seperti gambar dibawah. Caranya mudah sahaja. Ambil packet Streptsil yang sudah digunakan atau dibuang isinya dan jadikan ianya sebagai acuan. Kemudian campur madu asli dengan Serbuk Debunga Kurma dan gaul sehingga agak sebati. Letakkan ke dalam acuan paket strepsil tersebut.


- Atau lepas gaul hingga sebati tadi, gumpal kecil-kecil jadikan bebola. Make sure boleh dapat 20 biji untuk 20 hari makan. Dos yang kami sarankan ini sebenarnya digunakan oleh penyelidik Universiti of Tikrit, Iraq.

- Simpan dalam peti sejuk. 


- Kalau nak tambah serbuk habbatus sawda dan debunga lebah, lagi bagus. Ramai wanita Arab menambah 2 unsur ini kedalam resipi Serbuk Debunga Kurma.


Jangan lupa berdoa banyak2 & minta rezeki hanya pada Allah.


Amaran: Sesetengah orang alah atau alergi pada debunga, jika anda mengalami simptom gatal, bersin dan lain-lain, anda mungkin alah pada debunga...

 


 
 
 











 















3 comments:

  1. nak tumpang tanya, bila dah jadi mcm strepsils tu nak makan dia telan aje ke atau kita kena kunyah? terima kasih.

    ReplyDelete