Thursday, 7 July 2011
Buah Zuriat hangit dan terpotong jari
Salam kepada semua,
Rasanya semua yang pernah berusaha untuk memotong buah ini pasti merasakan betapa susahnya nak mengopek dan mengeluarkan isi. Kadang-kadang ada sahaja yang terus merebus buah ini dengan kulit-kulitnya. Bergantung kepada petua mana yang anda semua ikuti samada merebus buah ini dengan kulit-kulitnya sekali atau merebus isinya sekali. Dari segi keberkesanan, kedua-dua petua itu nampaknya boleh digunakan.
Sebenarnya, untuk membelah buah ini bukannya sukar pun kalau betul caranya. Ada yang membelah menggunakan parang, ada pakai gergaji dan ada juga menggunakan pisau. Pakai parang dan gergaji itu cara paling 'glamour' lah. Bagi saya pula, cukup saja dengan menggunakan pisau pemotong daging macam gambar kat atas ni. Caranya just tekan dulu mata pisau atas buah ini sampai buah ni melekat, barulah di pukul buah ini ke lantai.
Jaga-jaga yer...jangan terpotong jari pulak...!
Bila nak rebus buah ni perlu ada kesabaran ye. Biasanya petua yang diperolehi ialah dengan merebus buah ini dari 3 gelas jadi 1 gelas. So, make sure jangan terlupa untuk melihat air rebusan tu. Kalau tak nanti hangit atas dapur jer. Ada satu petua lagi ialah rendam buah ini 6 jam dan minum airnya. Itu jika direndam dengan kulitnya sekali. Sebab kulit nya itu boleh juga dibuat makan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment