Friday 22 July 2011

FAQ 2: Bahagian mana nak direbus, kulit atau isi?

 
Adakah kita perlu merebus kulit atau isi buah zuriat? Saya merasa keliru kerana dari pembacaan saya, ada yang merebus sekaligus iaitu kulit dan juga isinya sekali.


Jawapan saya:

Sebenarnya kita boleh merebus isi dan kulit sekaligus. Kita juga boleh mengupas kulitnya sahaja kemudian kisar sehingga menjadi serbuk dan jadikan ianya seperti teh. Maksud saya, jika kita mengisar kulit sahaja, maka kita hanya boleh tuangkan air panas dan hidangkan macam kita buat air teh. Sebabnya ialah orang Arab menjadikan kulit buah zuriat sebagai teh minuman seharian mereka. Mereka mempercayai ianya bagus untuk melancarkan darah, menurunkan darah tinggi malah menurunkan kadar kolestrol dan kencing manis. Cuba lihat gambar di atas. Bakul yang didepan itu ialah kulit buah zuriat. Mereka menjual kulitnya bukan isi putihnya. Namun, ramai pengguna di Malaysia yang berjaya hamil dengan merebus isi putih tersebut.

Tetapi, jangan pula jadikan isi putih yang keras itu sebagai serbuk teh kerana dibimbangi perut tidak dapat menghadam isi putihnya yang keras itu. Isinya itu perlu direbus dalam air menggelegak sehingga mengeluarkan warna seperti teh contohnya dengan merebus dari 3 gelas air menjadi 1 gelas.

Kalau rebus kedua-duanya pula? Itu lagi lah boleh. Yang tak boleh ialah dengan menjadikan isi putih yang keras itu jadi macam serbuk teh. Kalau boleh jadikan ianya sekecil nanopowder, mungkin boleh.

No comments:

Post a Comment