Dalam kita memohon zuriat dari Allah Taala, tiada doa yang paling baik dan paling mustajab melainkan berdoa mengikut cara Nabi dan Rasul lebih-lebih lagi yang terakam dalam Al-Quran. Sebenarnya, para Nabi dan Rasul ada juga yang diuji oleh Allah lambat dikurniakan zuriat dan Allah sendiri telah merakamkan doa-doa mereka ini di dalam Al-Quran sebagai panduan kepada hambanya untuk memohon rezeki zuriat ini. Antara Nabi dan Rasul yang diuji dalam hal ini ialah Nabi Zakaria Alaihissalam. Terdapat juga doa-doa lain yang dirakamkan di dalam Al-Quran berkaitan zuriat seperti doa Nabi Ibrahim Alaihissalam. Berikut adalah sebahagian doa. (sila rujuk Al-Quran dan terjemahannya).
1) Surah Ali Imran ( Ayat 38)
2) Surah Al Maidah (Ayat 114)
3) Surah Hud ( Ayat 6)
4) Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
5) Surah Al Anbiya' (Ayat 89)
6) Surah Al-Furqan (Ayat 74)
7) Surah As-Soffat (Ayat 100)
Berdoalah banyak-banyak kepada Allah disetiap pagi dan petang. Semoga saya dan anda semua beroleh keberkatan dan keampunan serta rezeki dari Allah Taala.
No comments:
Post a Comment