Thursday, 7 July 2011

Buah Zuriat untuk mudah hamil

Salam untuk semua,

Blog ini diwujudkan sebagai satu tempat rujukan untuk saudara dan saudari membeli dan memiliki buah zuriat ini. Lazimnya, info berkenaan buah ini, dari mana boleh diperolehi, khasiat, petua menggunakannya dan pengalaman pengguna buah ini dapat diperolehi di internet. Namun, info mengenainya adalah ‘scattered’ di merata-rata blog dan forum. Objektif blog ini ditubuhkan ialah sebagai ‘one stop centre’ bagi mereka-mereka yang ingin mengetahui berkenaan buah ini. Justeru, pihak pemilik blog mengalu-alukan komen bernas dan artikel atau apa sahaja sumbangan untuk menjadi blog ini sebagai blog nombor 1 untuk rujukan buah zuriat. InsyaAllah.



Buah ini sangat popular kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih tidak memiliki zuriat. Asal-usul buah ini tidak diketahui secara jelas. Yang pasti buah ini selalunya diperolehi di Mekah atau Makkah, juga di Madinah. Para jemaah haji dan umrah yang ke sana bisa sahaja menjadikan buah ini sebagai ole-ole kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sekembalinya ke tanahair terutama untuk mereka yang masih tidak mempunyai zuriat dan ingin menambahkan zuriat. Tidak semua tempat di Makkah dan Madinah boleh diperolehi buah ini. Malah, jika saudara bertanyakan buah ini kepada penduduk Makkah dan Madinah, malah kepada peniaga di sana, masih ramai yang tidak mengetahuinya. Ini menimbulkan persoalan lain samada buah ini memang berasal dari Makkah dan Madinah ataupun sebenarnya di bawa masuk dari tempat lain. Mungkin saudara ada jawapannya?



Jika saudara/i mempunyai rezeki dan kelapangan untuk ke Makkah dan Madinah, mungkin tempat yang paling ‘masyhur’ sekali untuk membeli buah zuriat ini ialah di Jabal Uhud di Madinah. Atau mungkin juga boleh cuba cari di Pasar Kurma. Jika di Makkah, boleh mencari sekitar masjid Makkah di kedai yang menjual buah kurma atau inai dan herba kering. Kadang-kadang buah ini pun boleh terselit di kedai jual tasbih juga! Paling senang ialah bertanya orang di sana samada mutawwif atau mereka yang berniaga di sana. Malu bertanya, sesatlah jalan.

Namun di Malaysia, buah ini memang sukar sekali untuk dimiliki. Lazimnya hanya diperolehi oleh mereka yang pulang mengerjakan haji dan umrah. Oleh sebab itulah, kami mengambil inisiatif untuk menjual di sini supaya lebih ramai yang boleh mencuba buah ini. Walaupun, tiada kajian saintifik di jalankan berkenaan khasiat buah ini, namun dari segi testimonial dan pengalaman pengguna, sudah ramai yang mendapat manfaat positif. Buah ini juga bukan sahaja dikatakan mampu meningkatkan kesuburan seseorang, malahan mampu merawat masalah keputihan dan darah rendah.

Akhir kata, saya ingin mengingatkan kepada semua Muslim & Muslimah supaya menjaga aqidah kita. Ada juga saya jumpa di sesetengah forum mengatakan buah ini boleh mendatangkan rezeki, malah jika disimpan di dalam rumah, rezeki akan bertambah. ITU SYIRIK!. Buah ini hanya satu sediaan dan usaha tradisional untuk meningkat kesuburan dan menambahkan peluang untuk hamil berdasarkan track record turun temurun masyarakat terdahulu. Buah ini sendiri tidak  ada kuasa, hanya Allah yang Maha Kuasa. Kita hanya berusaha dengan buah ini yang mungkin mempunyai khasiat tersembunyi yang masih belum dibongkar oleh manusia.
Sehingga berjumpa lagi!

Zack

3 comments:

  1. Salam kepada semua pengunjung blog ini...sama-samalah kita berkongsi maklumat untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Salam kunjungan dari pengguna buah zuriat.. alhamdulilah kini wife dah hamil 4 bulan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, kalau boleh dikongsikan petua penyediaan dan cara minum?

    1) Adakah guna isirung sahaja atau isirung & sabut?

    2) Adakah minum suami isteri atau isteri sahaja?

    3) Rebus air sampai menggelegak atau just rendam dalam air suam?

    Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete