Salam untuk semua,
Sebelum saudara & saudari mencuba rawatan untuk kesuburan dan mendapat zuriat secara tradisional atau melalui pemakanan tambahan & herba, eloklah terlebih dahulu mengikut rawatan fertility di hospital dan klinik terlebih dahulu. Lakukan pemeriksaan fertility dan buat pengesahan sekiranya terdapat penyakit tertentu. Jika sudah lakukan ini semua, tapi masih belum berhasil, baru lah pergi ke rawatan alternatif.
Kadang-kadang memang terdapat kes dimana pihak hospital mengesahkan bahawa pihak suami atau isteri memang tidak ada masalah kesuburan. Kedua-duanya sihat belaka. Namun, masih tidak dapat memperoleh zuriat. Mungkin Allah belum lagi ingin memberi rezeki kepada kalian. Namun, tidak salah jika kita mencuba rawatan alternatif perubatan Islam. Kadang-kadang unsur ghaib dan mistik ini yang mengganggu kedua-dua pasangan dan menghalang mereka dari mendapat zuriat. Mungkin jin ada menetap di rahim isteri dan belakang suami dan memakan air mani. Atau mungkin juga ada gangguan sihir dari seseorang.
Kalau kita jenis tahan sakit (tak lah sakit sangat), boleh cuba Rawatan Islam Manarah pimpinan Tuan Guru Dr Haji Jahid ini. Rawatan ini adalah secara refleksologi Islam di mana pesakit akan di ketuk dengan kayu Nona di tempat-tempat tertentu yang selalu di huni oleh 'kaum pengacau tersebut'. Untuk bacaan lanjut, boleh cuba klik di SINI
Sebenarnya saya sendiri pernah mencuba rawatan ini. Malahan ada kenalan saya yang sudah berpuluh tahun mempunyai penyakit tidak boleh bangun pagi, dapat pulih melalui rawatan ini dengan izin Allah. Tiada mentera dan jampi serapah macam bomoh-bomoh lain yang di baca. Cubalah. Mengikut Ustaz yang saya jumpa, ada beberapa orang yang bermasalah untuk mendapat anak terutama jika keturunan mereka mempunyai saka telah pun mendapat anak setelah mengikut rawatan ini dengan izin Allah. Rawatan ini boleh dilakukan jika saudara/i merasakan terdapat sesuatu yang pelik mengganggu saudara.
Rawatan Perubatan Islam yang lain ialah Darussyifa & Darussalam
Tapi jangan lupa buat pemeriksaan di hospital terlebih dahulu dan makan makanan tambahan atau buah zuriat (kami ada jual, sila sms nombor telefon tertera di atas).
No comments:
Post a Comment