Monday 11 July 2011

Petua Hamil Menggunakan 41 kuntum Bunga Cengkih




Salam,


Petua ini saya boleh dari seorang ulama' di Terengganu. Ramai muridnya yang dah berjaya hamil. Menurut beliau, petua ini beliau perolehi dari petua ulama' silam. Petua yang saya maksudkan ialah dengan menggunakan 41 kuntum Bunga Cengkih. 

Bunga Cengkih itu diibaratkan sperma yang berenang di lautan dalam yang gelap gelita dan ayat 40 surah An-Nur itu adalah jampi (dibenarkan jampi menggunakan ayat Quran) kerana Allah nyatakan hanya Dia yang mengurniakan Cahaya kepada siapa yang dikehendakkiNya. Jika Sperma itu tidak diberikan Cahaya oleh Allah, masakan boleh bertemu dengan Ovum.

Ayat 40 Surah An-Nur

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (40)

Caranya ialah:-

1) Suami dan isteri hendaklah memilih 41 kuntum Bunga Cengkih yang elok.

2) Suami genggam Bunga Cengkih tersebut dan membaca 3 kali ayat 40 surah An-Nur.

3) Seelok-eloknya dilakukan pada malam jumaat.

4) Bagi isteri makan 1 kuntum Bunga Cengkih setiap malam sebelum tidur. Hanya isteri sahaja yang makan.

5) Pada masa yang sama, banyakkan doa ayat 40-41 Surah Ibrahim. Banyakkan menderma wang kepada orang yang memerlukan.

Cubalah. Jika berhasil, boleh tinggalkan komen di blog ini. Jika anda sedang meminum air Buah Zuriat, boleh juga membaca Ayat 40 Surah An-Nur itu pada air yang ingin diminum.

6 comments:

  1. Assalamualaikum...mcm mn nak makan bunga cengkih tu? kn telan ngan air atau gigit then telan...

    ReplyDelete
  2. Just gigit beberapa kali, kemudian telan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, sy nk tanya kena habiskan makan 41 kuntum bunga cengkih tu ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. sy msh krg faham lg.. si isteri perlu habiskn 41 kuntum bunga cengkih 2 dlm ms 1 mlm ke?

    ReplyDelete